Assalamualaikum..
Sebelum ini saya ada berkongsi berkenaan cara
mengurangkan rasa cemburu anak-anak bila kehadiran orang baru. Antara
pendekatan yang sering saya terbaca ialah pelukan yang mempunyai kuasa yang
sangat besar terhadap psikologi anak-anak. Sambil melayan Baby Amiera sempat
saya mencari sedikit maklumat berkenaan kuasa pelukan untuk perkongsian hari
ini.
Kesan
dari pelukan itu seperti:
1.
Dapat
membina kepercayaan & rasa selamat memberi ruang rasa terbuka dan jujur
dengan ibubapa.
2. Dapat
meningkatkan tahap hormon oxytocin yang menyembuhkan perasaan kesepian, keseorangan,
kekosongan dan kemarahan
3.
Ia
juga dapat meningkatkan harga diri dimana memberi satu perasaan yang mana anak
anak berasa disayangi dan istimewa
4.
Pelukan
juga dapat mengurangkan ketegangan badan
Rujukan;ibubapacemerlang.com
Mengikut petikan kata
kata Dr. Rubiah Kulop yang saya ambil dari tulisan Zulhafidz di artikal nota
bidadari 2013 menyatakan peluklah anak anda sekurang-kurang 2 kali sehari
supaya hatinya dekat dengan kita. Manakala kenyataan yang paling dibimbangi
dimana beliau juga ada menyatakan jangan biarkan anak-anak miskin pelukan
terutama anak gadis kerana ditakuti apabila dia dewasa dia mudah tewas dengan
pelukan teman lelaki menyebabkan hatinya mudah tersentuh dan akhirnya jiwa dan
raga menjadi korban. Jadi peluklah anak anda dan jangan lupa orang tersayang
agar sentiasa dekat dihati. Manakala pelukan yang terbaik mengikut Dato’ Dr.
Fadzilah Kamsah adalah dada bertemu dada kerana secara fizikalnya jantung kita
hampir dan saling bertemu berkongsi getaran yang sama.
Jadi macam biasa
rutin bila saya berada di rumah sebelum hantar pergi sekolah abang haqeem akan
salam dan saya akan cium dahinya sambil bacakan doa. Tapi pagi tadi saja lepas
doa saya peluk dia kuat-kuat sambil berkata “ummi dan abah sayang haqeem jadi
dekat sekolah belajar dan dengar apa cikgu cakap jangan banyak main”. Terus dia
jawap “ok ummi” . Sebelum ini jarang peluk dia, mungkin sebab dia dah besar,
bukan apa kadang-kadang tengah kelam kabut pagi pagi terutama masa saya sibuk
bersiap nak pergi kerja hanya sempat cium anak-anak selebihnya abah dia akan
uruskan. Bila ada masa di rumah sibuk layan kakak dan sekarang sudah ada adik
tumpuan paling banyak pada adiknya. Kesian Abang Haqeem memang pun dia ada komen, kedang-kadang kalau ada kesempatan dia akan duduk rapat-rapat dengan kita minta dimanja dan dipeluk bila perasan memang saya layankan je. Memang benarlah kuasa pelukan tu sangat
berkesan pada hati sebab selalunya bila saya beri nasihat dia jawab dengan
lambat dan kadang-kadang saya perlu buat ayat penegasan.
Oleh yang demikian
pengajaran serta peringatan untuk diri saya supaya sentiasa mencari ruang dan
tanpa sebab untuk memeluk setiap anak-anak walaupun sehingga mereka dewasa.
InsyaAllah...
Wassalam
Noorazrin Musa
--inilah permata hati ummiabah--
No comments:
Post a Comment