Baru
sekarang terasa bukan senang untuk memulakan minat dalam penulisan lebih lebih
lagi dengan cabaran kengkangan masa menguruskan baby Amiera yang sentiasa
memerlukan perhatian menyebabkan masa yang ada sangat berharga.
Saya sering teruja untuk menulis bila timbul
sesuatu isu, sebab macam-macam perkataan atau idea berlegar legar dalam kepala tapi
bila mengadap laptop dan cuba menterjemahkan karya yang kononnya banyak dalam
kepala ini tetiba rasa kosong dan tak tahu nak mula macamana. Bila dah ada idea,
baru menulis separuh jalan baby amiera dan bangun jadi terpaksa simpan dan
berhenti. Bila ada masa semak balik ayat yang ditulis terasa macam tunggang
langgang. Hehe malunya nak tekan butang ‘publish’ akhirnya ayat tergantung dan
terbiar begitu lama dalam draf
Jadi untuk menyelesaikan masalah ini bagi
penulis baru yang amatur seperti saya sewajarnya memang perlu membaca ebook
asas blog dan penulisan. Ini juga merupakan mandat penting dari guru yang perlu
dibaca sampai khatam oleh murid seperti saya.
Di
dalam ebook ini banyak tip-tip berguna yang membantu memberikan idea, cara,
perancangan dan rangka kerja untuk memulakan penulisan sebagaimana diselitkan
pengalaman penulis serta peserta lain yang boleh dijadikan panduan dan yang
paling saya suka kenyataan oleh penulis ialah Jangan menulis syok sendiri - jika mahu blog
suka disinggah pembaca dan jagalah
penulisan, gunalah Bahasa Melayu formal,
walaupun santai elemen ini masih menjadi dan satu tarikan kepada pembaca. Secara
tidak langsung ia memberi pengajaran dan kesedaran kepada diri saya dan yang
paling penting hasil tulisan sedikit sebanyak melambangkan peribadi.
Didalam ebook ini juga terdapat panduan bagaimana menjadikan blog
anda berpengaruh, bagaimana hendak menjadikan ia satu ruang perniagaan dan
bagaimana untuk fokus dan konsisten dalam penulisan. Antara kaedah penulisan
yang mungkin kita terlupa semasa zaman persekolahan seperti kenyataan ini;
Tips
penulisan blog-perenggan pendek dan tersusun
Tulis
dengan ayat yang pendek-pendek. Jika panjang bijak menggunakna koma, nokhtah,
sambungan ayat dan sebagainya. Sebaiknya satu ayat bersamaan satu jeda nafas.
Satu jeda nafas maksudnya, satu kali baca. Pisahkan perenggan kepada perenggan
yang lebih pendek. Ini memberi ruang kepada pembaca, baca dalam keadaan santai.
Harapan saya semoga saya dapat
mengikuti setiap panduan yang diberi serta menjadikan minat menulis ini satu perkongsian
ilmu dengan pembaca dan yang paling penting diberi kekuatan untuk dapat
membahagikam masa sebaiknya diantara menguruskan keluarga terutama dengan
kehadiran baby Amiera yng menjadi pencetus ke arah minat ini, insyaAllah.
Sekian, Wallahualam
Noorazrin Musa
Nota:
Sesiapa
yang berminat boleh mendapatkan ebook ini melalui: http://ebookasasblog.blogspot.com/
http://masayuahmad.blogspot.com/ - penulis
ebook
http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/
- guru online
No comments:
Post a Comment